Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga

Monday, August 27, 2012

Anak Buah Baru

Seminggu sebelum menjelang raya kami mendapat anak buah baru,so raya kali ni kami bersama orang baru..Hero jugak cucu wan kali ni...Ammar Zhafran Bin Mohd Syafiq namanya.

Wednesday, August 8, 2012

Ball

Bila dah sarat-sarat ni macam-macam benda nk dibuat oleh mummy.Kebetulan pula sekarang ni bulan Ramadan,petang jer walaupun penat mummy nk jgk bt kuih untuk berbuka.Kuih yang senang iaitu kuih "BALL"atau nama sebenarnya kuih BUAH MELAKA.Inilah BALL  yang dimaksudkan oleh anak mummy Aisy...
Cara-cara membuat kuih "BALL" mengikut resepi mummy.
Bahan-bahan:2 cawan tepung pulut
1 1/4 cawan air - tambah jika perlu
Sedikit pewarna hijau
Berapa helai daun pandan-dipotong kecil dan dikisar(tapis untuk mengambil airnya sahaja)
Gula kabung/Gula melaka - dipotong kecil-kecil untuk inti
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam halus
Air secukupnya untuk merebus

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk untuk merebus buah melaka.
2. Tuang air dan air tapisan daun pandan kedalam tepung pulut sehingga adunan boleh digentel. Tuang air sedikit demi sedikit, secukupnya.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
5. Salut buah melaka dengan kelapa parut yang telah dikukus dahulu dan di campur dengan sedikit garam, gaul rata. Hidangkan.

Mula-mula didihkan air untuk merebus buah melaka.
Adunan yang telah siap dibancuh
Buah melaka sedang direbus.
Kelapa parut yang digaul sedikit garam

Buah melaka yang digaul dengan kelapa.
Siap untuk dimakan.