Thursday, October 4, 2012

Yang Ketiga

Alhamdulillah mummy dah selamat melahirkan anak yang ke 3,pada 22 September 2012 pukul 3.45petang di Hospital Putrajaya.

Friday, September 14, 2012

Masih menanti

Mummy masih lagi menghitung hari untuk menyambut kelahiran zuriat kami yang ke3.
Insyaallah lebih kurang 2 minggu dari sekarang mengikut tarikh jangkaan yang doktor bagi.
P.s : Rasa takut pn ada ni..

Friday, August 31, 2012

Monday, August 27, 2012

Anak Buah Baru

Seminggu sebelum menjelang raya kami mendapat anak buah baru,so raya kali ni kami bersama orang baru..Hero jugak cucu wan kali ni...Ammar Zhafran Bin Mohd Syafiq namanya.

Wednesday, August 8, 2012

Ball

Bila dah sarat-sarat ni macam-macam benda nk dibuat oleh mummy.Kebetulan pula sekarang ni bulan Ramadan,petang jer walaupun penat mummy nk jgk bt kuih untuk berbuka.Kuih yang senang iaitu kuih "BALL"atau nama sebenarnya kuih BUAH MELAKA.Inilah BALL  yang dimaksudkan oleh anak mummy Aisy...
Cara-cara membuat kuih "BALL" mengikut resepi mummy.
Bahan-bahan:2 cawan tepung pulut
1 1/4 cawan air - tambah jika perlu
Sedikit pewarna hijau
Berapa helai daun pandan-dipotong kecil dan dikisar(tapis untuk mengambil airnya sahaja)
Gula kabung/Gula melaka - dipotong kecil-kecil untuk inti
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam halus
Air secukupnya untuk merebus

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk untuk merebus buah melaka.
2. Tuang air dan air tapisan daun pandan kedalam tepung pulut sehingga adunan boleh digentel. Tuang air sedikit demi sedikit, secukupnya.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan bubuh inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
5. Salut buah melaka dengan kelapa parut yang telah dikukus dahulu dan di campur dengan sedikit garam, gaul rata. Hidangkan.

Mula-mula didihkan air untuk merebus buah melaka.
Adunan yang telah siap dibancuh
Buah melaka sedang direbus.
Kelapa parut yang digaul sedikit garam

Buah melaka yang digaul dengan kelapa.
Siap untuk dimakan.

Friday, July 27, 2012

Meowww..

Tiket dah tempah tahun lepas lg,walaupun tengah pening-pening alahan mummy gagahkan jua demi family.Sepanjang perjalanan alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancar..cewahh..siang hari ok tp bila menjelang malam perghhh...mmg lemah gemalai ler..
sewaktu dalam belon dan setibanya di hotel..ready utk check in..


Berposing setibanya di Kuching,Sarawak...Kucing-kucing ni berada betul2 depan hotel kami menginap


Pemandangan dari bilik hotel kami menginap


Mummy tinggal di hotel hanya mereka sahaja naik bot tambang untuk ke seberang.


p.s : moralnya bila keadaan badan yang tidak sihat banyak benda xdpt nk buat.

Wednesday, July 25, 2012

Parenthood 2012

Parenthood Expo kembali lagi
Tarikh :27-29 Julai 2012
Tempat : Mid Valley Exhibiton Centre
Masa : 10 am-10pm

Masuk adalah percuma

p.s : Mummy mmg nk pegi utk beli brg baby...

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah...sekali lagi kita dapat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini.

Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita.

p.s: Insyaallah tahun ini kalau xde apa-apa hal dapat lah mummy berpuasa penuh dengan jayanya..Mudah-mudahan.

Thursday, July 12, 2012

Choo..choo..

Set Thomas ni daddy beli masa Shasya belum sethn lg..lamakan daddy simpan katanya lau dpt anak lelaki leh la bg dia main..so bila dh dpt hero ni janji mesti ditepati..

Seronok main ngan seluar pn xpakai..

Jalan-jalan

Cuti sekolah kami pun ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Bermula dari mentari terbit kami dh bergerak..cewahhh macam la pergi jauh sangat,PD je la pun..
Baru sampai PD belum check in lg lepak dulu di Dataran Teluk Kemang.
Anak-anak ku naik kuda ngan atoknya..

Hensem boy yg suka naik kuda,mintak naik berkali2..

Dah puas melawat kawasan sekitar Dataran Teluk Kemang kami pun ke Permaisuri Resort untuk check in.
Pandangan dari bilik hotel

Seronok anak beranak ni dapat mandi kolam...mummy hanya jd pemerhati
a.k.a juru kamera jer..

Keesokan harinya kami bergerak ke Bandaraya Bersejarah plak.Jalan-jalan jer sambil ambil gambar anak2..


Sorang ke kiri dan sorang ke kanan

Satu-satunya gambar kami berempat..pasni berlima plak

Sebelum balik kami bergambar di main entrance Permaisuri Resort

Sunday, June 3, 2012

Hari Sukan

Bila dh tadika acara tahunan mestilah Hari Sukan.Sukaneka tadika Shasya diadakan pada 20 Mei 2012 yang lalu.Sukaneka di bahagikan mengikut umur kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun.Shasya kategori kanak-kanak berumur 5 tahun jadi acara berkumpulan mengikut warna.
Ready untuk mula perbarisan


Acara bermula dengan bacaan doa dan ikrar.

Yeaaahhh...dah dapat hadiah

Sunday, April 8, 2012

Buku Pink

Hari Khamis yang lepas mummy baru ada kekuatan ke klinik untuk membuka buku pink.Almaklumlah mummy ni jenis yang takut untuk mengambil darah.Bila first time untuk buka buku pink wajib ambil darah sebanyak 10ml,untuk yang membuatkan mummy berasa ngeri.Sehingga ari ni lebam pun belum hilang lagi.



Tuesday, March 27, 2012

Kita minum dulu

Demi untuk mu baby mummy dh start minum susu walaupun masih dalam keadaan tidak stabil lg(muntah+pening).Kali ni mummy ambil perisa coklat plak...

Friday, March 23, 2012

Wajah Baru

Shasya sekarang dah berambut pendek ini kali pertama anak mummy potong rambut setelah 4 tahun,iaitu selepas majlis cukur jambul masa tu berusia 2 bulan...

Thursday, March 1, 2012

Rezeki Tahun 2012

Alhamdulillah...rezeki kami untuk tahun 2012.Nak tahu apa???

:

:

:

:

:

:



p.s :Bertambah lagi seorang ahli keluarga kami.

Tuesday, January 31, 2012

Study Time

Inilah aktiviti anak-anak mummy bila di rumah.

Thursday, January 26, 2012

Semakin Membesar


Alhamdulillah makin hari makin membesar anak-anak mummy.Rindu saat-saat diaorg kecil dulu sambil belek-belek album.

Alam Baru

Alhamdulillah tahun ni Shasya dh masuk 5 tahun.Hari pertama menghantar Shasya ke sekolah memang terasa sayu hati naluri seorang mummy tapi dah kewajipan Ibu bapa untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anaknya.

Monday, January 23, 2012

Rindu Si Hitam Gemuk

Dah lama rasanya xpegang Si Hitam Gemuk ni...Daddy jgn tolong syak yg bukan2 okeyyy...

Ini lah Si Hitam Gemuk yang dimaksudkan....

"

"

"

"

"

"




Rindu sangat nak membelek-beleknya..:)

Friday, January 20, 2012

2012

Dah lama rasanya x update blog ni,bz ye bila dh hujung tahun.Bila dh masuk tahun baru baru le dapat bernafas skit..Tak lewat lg kan utk ucapkan Selamat tahun Baru 2012.
Semoga apa yang dihajati tercapai dan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya..
Insyaallah...