Friday, July 29, 2011

Ajaibnya Tangan Ibu

 
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
 
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah& Pengacara Semanis Kurma TV9)
 
*Hati tersentuh dengan sajak ini*

Thursday, July 7, 2011

Bila balik kampung

Bila dah lama xbalik kampung ni terasa xcited dia lebih skit..sejuk mata memandang bila balik kampung ni dapat lihat sawah padi,jalan x jem,makan pun sedap + murah..pendek kata semuanya best la bila dpt balik kampung..cam nk balik keja kat sana pun ada,tp bleh ker?ada ke kekosongan?..argghhh tu yang malas nk fikir..

Layan gambar kat bawah lebih baik :)..

Bukak pintu rumah terus nampak plaza tol


Shasya yang suka sangat nk bersantai 


Dah penat meniarap,baring plak

Aisy masih lagi bertahan..duduk jer..



Ajak tokwan nek moto keliling kampung..