Monday, February 14, 2011

Wow!Putrajaya

Bila hujung minggu ada je aktiviti yang dibuat bersama anak-anak.Kami sekeluarga ke Karnival Wow!Putrajaya yang berlangsung selama 3 hari bermula 11-13 Februari 2011 di Presint 2,Putrajaya.

Jom layan gambar di bawah sempena sambutan 1 Dekad Putrajaya. 

Both pertama yang dilawati


Posing ngan Sunway Lagoon maskot

Nampak je jet ski 2beradik ni dh xcited nk posing,nasib baik lah dapat naik lau xmau meraung kat situ.Dah abih berjalan di tapak pasar tani kami pun melintas ke seberang jalan ke Taman Ekuestrian Putrajaya,di situ pengunjung boleh naik kuda dan dikenakan bayaran RM 5 seorang.Daddy ngan Shasya naik kuda tu,mummy dan Aisy tengok je lagi pun xberapa sesuai la Aisy nk naik masih kecik lagi risau takut jatuh.


 

Kuda oh Kuda

Gelagat anak-anak

Bila dh abih naik kuda,kami naik bas pula.Ini bukan sebarang bas tapi bas "KL HOP ON HOP OFF" yang dibawa khas ke Putrajaya.Bayaran Rm 5 juga untuk setiap penumpang dan dibawa  dari Presint 2 hingga ke PICC dan balik semula ke Presint 2.Memang seronok la 2beradik ni.

Kelatah anak-anak mummy di dalam bas

Pukul 6.30 petang kami pun balik.





No comments: