Monday, February 28, 2011

Imej Baru

Bila masuk tahun baru terasa ni berubah imej plak.
Tapi yang berubah imej bukan mummy tau.Nak tahu siapa?

...



....


....







....




.....






...


Sapa lg lau bukan hero kecik mummy ni...


...



....




...



....





Haha...ini la Aisy...

*Tajuk bikin gempak skit*

Tuesday, February 22, 2011

Hasil Redeem


Inilah hasil yang telah mummy redeem tempoh hari.Baru 1 yang mummy dpt snap gambr yg lain belum sempat lg maybe next time.Baru pegang kamera kejap lg dtg la 2 assistant xbebayar mummy datang nk menyibuk tolong .



Monday, February 21, 2011

Cuba Teka?

Cuba teka dalam bakul ni ada apa?



...



....





....






....




.....




nak tahu jugak??

...




...




...




...





....





...
Jangan terkejut ye...


...




...



...




....





Taraaaa.....



....





Subhanallah anak bertuah ni...barang dalam bakul ni dikeluarkan dia masuk ke dalam...
Masyaallah....

Friday, February 18, 2011

Sakit Jantungku!

Aduh!!!!..kalau dh hero tu mmg tetap hero la...
Tengok apa yang dia buat...






Hepi bila berjaya


Bahaya betul la hero ni memang xleh nk biar dia main sorang-sorang ada je idea dia.

*Mummy atau daddy kena awasi setiap masa,xleh leka walau sesaat*

Wednesday, February 16, 2011

4th Anniversary



Alhamdulillah hari ni genap 4 tahun kami bergelar suami dan isteri.Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

*tahun ni ada hadiah best lg ker daddy?*

Monday, February 14, 2011

Funfair

Shasya asyik sebut je "Mummy,bila kita nk pegi funfair ni?"Pantang nampak spotlight funfair dr umah perkataan tu yang asyik kuar dari mulut dia.Demi x mengecewakan Shasya daddy pun bawa la Shasya ke funfair tu.




Apa yang Aisy tengok tu sampai melopong mulut dia?

...


....



....




....




....




....




....
Haaa...ni la benda yang Aisy tengok sampai terlopong mulut dia...

Buai pusing yang menarik perhatian Aisy

Pegi funfair ni untuk hiburkan hati anak-anak.Seronok tengok bila diaorg hepi.

Tupperware 2/2011

Mari cuci mata tengok katalog Tupperware baru ni.Bermula 14 Februari hingga 31 Mac 2011.







*Berminat boleh la e-mail ke,safinaz2304@gmail.com*

Wow!Putrajaya

Bila hujung minggu ada je aktiviti yang dibuat bersama anak-anak.Kami sekeluarga ke Karnival Wow!Putrajaya yang berlangsung selama 3 hari bermula 11-13 Februari 2011 di Presint 2,Putrajaya.

Jom layan gambar di bawah sempena sambutan 1 Dekad Putrajaya. 

Both pertama yang dilawati


Posing ngan Sunway Lagoon maskot

Nampak je jet ski 2beradik ni dh xcited nk posing,nasib baik lah dapat naik lau xmau meraung kat situ.Dah abih berjalan di tapak pasar tani kami pun melintas ke seberang jalan ke Taman Ekuestrian Putrajaya,di situ pengunjung boleh naik kuda dan dikenakan bayaran RM 5 seorang.Daddy ngan Shasya naik kuda tu,mummy dan Aisy tengok je lagi pun xberapa sesuai la Aisy nk naik masih kecik lagi risau takut jatuh.


 

Kuda oh Kuda

Gelagat anak-anak

Bila dh abih naik kuda,kami naik bas pula.Ini bukan sebarang bas tapi bas "KL HOP ON HOP OFF" yang dibawa khas ke Putrajaya.Bayaran Rm 5 juga untuk setiap penumpang dan dibawa  dari Presint 2 hingga ke PICC dan balik semula ke Presint 2.Memang seronok la 2beradik ni.

Kelatah anak-anak mummy di dalam bas

Pukul 6.30 petang kami pun balik.





Thursday, February 10, 2011

Piramid Makanan

Piramid makanan adalah panduan pemakanan yang membantu kita mengatur cara pemakanan yang terbaik untuk anak kita.Ianya merangkumi gambaran tahap pengambilan kumpulan-kumpulan makanan asas yang dicadangkan dan amat mudah untuk dijadikan panduan.


Contoh Piramid Makanan


Lemak (Minyak),Gula & Garam
- Makan sedikit sahaja.
*Lemak (minyak):Memberi tenaga.Gula & garam: Meberi rasa.

Tenusu
-Makan dengan sederhana
*Membekal protein berkualiti tinggi,vitamin dan zat-zat galian.

Daging dan telur
-Makan dengan sederhana
*Membekal protein berkualiti tinggi,vitamin dan zat-zat galian.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
-Makan lebih dan berjenis-jenis
*Membekal vitamin dan zat-zat galian

Nasi,Mi,Roti & Bijirin
-Makan banyak
*Membekal tenaga untuk tumbesaran dan perkembangan

*marilah kita sama-sama mengamalkan pemakanan secara sihat*

Tuesday, February 8, 2011

Menggalakkan Anak Untuk Makan




  1. Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
  2. Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
  3. Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik.
  4. Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
  5. Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda.
  6. Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
  7. Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang.
  8. Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk
  9. Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
  10. Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
  11. Bermaian permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)
  12. Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.
  13. Sekali sekala bawalah anak anda makan diluar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.
  14. Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich
  15. Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.

Monday, February 7, 2011

Masih Lagi

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi,Mummy masih lagi mampu menyusukan Aisy sepenuh masa walaupun umur Aisy sudah 1tahun 4bulan.Insyaallah mummy akan teruskan sehingga Aisy 2 tahun...Amin...

*hasil pada pagi ini walaupun mummy berpuasa*