Friday, December 17, 2010

Teknik Penyusuan


Teknik Menyusukan Bayi



1. Kedudukan badan


  •  Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting   untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat denan bayi
  • Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
2. Cara memegang bayi
  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
3. Cara memegang payudara


  • Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
Posisi Penyusuan


1. Posisi mendukung/buai
  • Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
  • muka dan kepala bayi menghadap payudara
2. Posisi mendakap/di sisi


  •  ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
  •  ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
  •  pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
3. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
  • Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
  • Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
4. Posisi baring
  • bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat
Penyusuan pasangan kembar
  • Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak
Pelekapan

Cara yang betul menyusukan bayi


            • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas

            • gerakkan badan bayi ke arah payudara

            • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)

            • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara


Cara pelekapan yang betul


           • mulut bayi terbuka luas

           • dagunya mencecah payudara

           • bibir melekup keluar

           • pipi gelembung

           • payudara nampak penuh dan bulat

           • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan


Cara pelekapan yang salah


          • dagu bayi jauh

          • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi

          • dagu tidak menyentuh payudara

          • ibu rasa sakit

          • payudara bolehbengkak dan puting luka

No comments: