Monday, August 23, 2010

Saloma Bistro


Kali ni entry berbuka puasa @ Saloma Bistro pada 11 Ramadhan yang lalu bersama keluargaku yang tercinta. Tak ada apa yang hendak dicoretkan oleh mummy di bulan puasa ni.biarlah gambar yang berbicara sendiri.

Rambut

Sejak dari usia 2bulan (selepas majlis cukur jambul) sampai lah sekarang Aisy xpernah gunting rambut,disebabkan nak raya & rambut Aisy pun dh makin panjang so mummy ambil keputusan untuk gunting rambut dia.

sebelum,semasa dan selepas

* Orang selalu cakap Aisy ni perempuan tp sekarang dah rambut pendek terserlah kejantanan Aisy*

Wednesday, August 18, 2010

7 Hari

gambar di atas tiada kaitan dengan coretan di bawah...

Alhamdulillah...sudah 7 Ramadhan umat Islam berpuasa dan mummy masih lagi dapat berpuasa dengan jayanya.

Berpuasa kali ini agak mencabar bagi mummy kerana merupakan kali pertama berpuasa dengan kedua-dua anak mummy.Last year mummy masih lagi mengandungkan Aisy,yang perlu handle waktu berbuka hanyalah Shasya sorang tapi kali ni dua dua skali x cukup tangan juga la,nasib baik daddy banyak membantu..Thanks a lot daddy..

Sampai jer rumah terus tukar uniform untuk ke dapur pulak.Hal anak-anak daddy yang uruskan buat sementara mummy nak siapkan juadah untuk berbuka. dah settle masak apa yang patut baru la dapat rest sekejap sementara menunggu waktu untuk berbuka.