Friday, April 23, 2010

27

Alhamdulillah...hari genap 27 tahun umur mummy...

p.s : Daddy nak celebrate birthday mummy kat ner?

Tuesday, April 13, 2010

6 Bulan


Alhamdulillah...hari ini genap 6 bulan anak bujang mummy,Syed Aisy Irfan.
Mummy juga berjaya menyusukan Aisy sepenuh masa tanpa campur dengan susu formula.
Mula-mula mummy dah frust dengan keadaan stok yang tidak mencukupi dan tekanan kerja tp mummy kuatkan semangat dan berkat sokongan daddy akhirnya mummy berjaya.
Selepas ini mummy akan berusaha untuk tingkatkan stok dan terus menyusukan Aisy sehingga usia 2 tahun...Insyaallah...

Mudah-mudahan Allah Mempermudahkan Segala Usaha Mummy ini...
p.s : Sejak awal pregnant lg mummy dh niat nak susukan Aisy secara exclusive

Wednesday, April 7, 2010

Shasya Oh Shasya

Rasanya dah lama mummy tak bercerita tentang Shasya.3hb yang lepas Shasya dah 2 tahun 5 bulan,cepatnya masa berlalu.
Shasya dah pandai berposing ala-ala model gitu bila nak bergambar.Mulatnya pulak makin petah berbicara kadangkala tak terlayan mummy ngan daddy dibuatnya.Dia dah pandai mengira 1 hingga 10 dalam bahasa melayu dan juga inggeris.Masa umur 2 tahun dia dah pandai mengira tapi kadangkala susunannya tak betul tapi sekarang ni memang dah betul.
Semalam masa pergi survey perabot kat Balakong Shasya sibuk mengira anak tangga kat kedai perabot tu sampai salesgirl tu tanya mummy "U ada hantar di ke kindergarten ker?"Mummy pun jawab "ya,sejak dia berumur 2 bulan".Owh..no wonder la dia pandai mengira,bangga mummy bila ada orang puji anak mummy macam tu.
Semua ni hasil tunjuk ajar dan pembelajaran Shasya semasa di taska.Terima kasih pada Puan Khairani dan Cik Ayu serta pengasuh Taska Indera Cemara.
Gaya-gaya Si Shasya