Thursday, December 30, 2010

Esok Nak Ke Mana?

Bila dah cuti 3 hari ni mula la planed nk bawak anak-anak jalan...mummy yang nk jalan sebenarnya.
Destinasinya di mana?..

Tempat Pertama
Genting Highlands



Kedua

Bukit Tinggi



dan yang Ketiga

Sunway Lagoon

sesuai ke nk bawak anak-anak waktu camni..esok malam dh la countdown.Risau jugak org terlalu ramai diaorang pun xselesa nnti.

p.s : korang ada cadangan x tempat yg menarik untuk bawak anak-anak kecik ku ini.

Cuti Sempena Menang Piala AFF Suzuki

piala ini menjadi milik Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini
(31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.

*Tahniah di atas kejayaan pasukan Malaysia*

Wednesday, December 29, 2010

Anak Dara & Anak Bujangku

Bila tengok gambar kedua-dua anak mummy ni terasa begitu pantas masa berlalu.
Anak daraku dh 3tahun 1bln,anak bujang plak dh 1tahun 2 bulan.
Masing2 ada ragam tersendiri setiap anak berlainan caranya.

Aisy : i'm the besh...
Shasya : Cinderalla tomei...

Tuesday, December 28, 2010

Flower Girl

Shasya jd flower girl...mummy yang xcited lebih okeh... 

<>
<>
membetulkan apa yang patut
menyiapkan flower girl mengalahkan pengantin

hampir siap

v




v





v





v




v





v





v

tadaaa....
ala-ala cinderalla gitu

3 flower girl

dah ber5

Penat okeh!!nk memujuk si Shasya ni,macam2 peel dia...

p.s: dah besa pun anak dara mummy ni..
  

Saturday, December 25, 2010

AFF Suzuki Cup 2010

Jangan lupa menonton perlawanan bola sepak AFF Suzuki Cup 2010
Tarikh : 26 Disember 2010
Jam : 8.00 malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil

Malaysia VS Indonesia


*agak-agak korang team mana yang akan menang kali ni?*


Friday, December 24, 2010

Selamat Hari Krismas

Yea..yea..esok cuti...ramai lah yang akan melangsungkan majlis perkahwinan lah,pertunangan lah,hari ulangtahun perkahwinan,apa-apapun kepada mereka yang berkenaan
 selamat bergumbira...


p.s : kami sekeluarga akan balik kg untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu daddy.

Thursday, December 23, 2010

"Birthday Contest By Mama_Balqis"


 Jom join lagi contest...

Untuk kali ni mummy mempertaruhkan gambar ni

Nama : Syed Aisy Irfan Bin Syed Haznil
Umur : 1 Tahun 2 bulan
Tarikh Lahir : 13 Oktober 2009

Untuk birhday girl,Damia Nurin Balqis selamat menyambut hari lahir yang ke-3
semoga menjadi anak solehah.

Penaja hadiah ialah,

Wednesday, December 22, 2010

Jalan-jalan Disember 2010

Halaman rumah...500m dari plaza tol.
Bila dh balik kampung tu, banyak lah aktiviti yang xdirancang.Jalan-jalan sambil makan-makan merupakan aktiviti wajib bila balik kampung.Maklumlah dah lama mummy xbalik kampung last balik masa raya puasa ari tu.Kebetulan pulak bulan 12 Mummy ngan Daddy dapat BKK-(dapat skit jer..Alhamdulillah) apalagi seronok la balik kampung sambil jalan-jalan makan angin.

dari tingkap

2 hero mummy

asu yang montel

mummy & anak-anak
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat tiba ke destinasi walaupun keadaan kabus yang agak tebal ketika menuruni cameron highlands.


Friday, December 17, 2010

"Baby In Black @ White Contest by Mama_Balqis"


Jom join contest ni.Click di sini menyertainya.Tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2010.Cepat sebelum terlambat...

Penganjur contest iaitu Anje a.k.a mama balqis

Hadiah-hadiah ditaja oleh: 


Untuk birthday girl,
Damia Nurin Balqis diucapkan Selamat menyambut Hari Lahir yang ke-3.
Semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan mama dan papa.

Nama : Syed Aisy Irfan Bin Syed Haznil
Umur : 1 tahun 2 bulan
Tarikh Lahir : 13 Oktober 2009

Abah

Selamat Hari Lahir Abah...
Semoga panjang umur dan murah rezeki...Sekarang abah masih lagi dlm mood cuti sakit,
semoga cepat sembuh...

*nak post gambar abah tp bl tgk dlm pc xde plak,abah xsuka bergambar tu yg gambar xde*

Teknik Penyusuan


Teknik Menyusukan Bayi



1. Kedudukan badan


  •  Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting   untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat denan bayi
  • Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
2. Cara memegang bayi
  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
3. Cara memegang payudara


  • Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
Posisi Penyusuan


1. Posisi mendukung/buai
  • Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
  • muka dan kepala bayi menghadap payudara
2. Posisi mendakap/di sisi


  •  ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
  •  ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
  •  pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
3. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
  • Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
  • Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
4. Posisi baring
  • bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat
Penyusuan pasangan kembar
  • Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak
Pelekapan

Cara yang betul menyusukan bayi


            • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas

            • gerakkan badan bayi ke arah payudara

            • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)

            • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara


Cara pelekapan yang betul


           • mulut bayi terbuka luas

           • dagunya mencecah payudara

           • bibir melekup keluar

           • pipi gelembung

           • payudara nampak penuh dan bulat

           • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan


Cara pelekapan yang salah


          • dagu bayi jauh

          • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi

          • dagu tidak menyentuh payudara

          • ibu rasa sakit

          • payudara bolehbengkak dan puting luka

Tuesday, December 14, 2010

Sein dan Nana Bercerai Talak Satu


Program Sehati Berdansa pernah mencetuskan pelbagai kontroversi dek langkah tarian pasangan artis yang bersatu langkah menari bersama disamping kontroversi pasangan yang bercerai sesudah program tersebut berakhir suatu ketika dahulu. Kini program tersebut telah pun digantikan dengan ‘Mari Menari’ namun masih menggunakan format yang sama cuma pasangan yang menari bukan lagi tersiri dari golongan artis. Terlalu banyak kontroversi yang dapat didengar sepanjang program Sehati Berdansa berjalan antaranya ada pasangan yang sering bergaduh dan ada yang sehingga bercerai.
Kini, juara Sehati Berdansa 3 iaitu Sein dan Nana pula seakan mengiyakan badi yang menimpa keruntuhan rumahtangga kebanyakan pasangan yang menyertai Sehati Berdansa sebelum ini. Pasangan ini telah mengejutkan ramai pihak apabila mereka bercerai dengan talak satu pada pukul 3 petang, Rabu, 8 Disember 2010 di Mahkamah Syariah Shah Alam dalam sebuah prosiding yang diadakan secara tertutup.
Pasangan ini yang telah mendirikan rumahtangga sejak tahun 2006 telah pun dikurniakan dengan dua orang cahayamata yang masih kecil iaitu berumur lingkungan 2 dan 4 tahun dan ketika program Sehati Berdansa dijalankan tahun lalu, Nana baru sahaja melalui proses kelahiran anak kedua mereka. Tidak dapat dipastikan apa punca sebenar keruntuhan rumahtangga merpati sejoli ini namun melalui laman sosial ‘Facebook’ Nana baru-baru ini ada menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu yang berlaku di dalam kehidupannya dan ada kemungkinan ianya berkaitan dengan orang ketiga yang muncul di dalam hidup Sein.
Jika diimbas kembali ketika Sein dan Nana menyertai program Sehati Berdansa, pasangan ini merupakan antara pasangan yang kerap bergaduh mengenai perihal tarian mereka dan ada sesetengah babak pasangan ini yang tidak dipaparkan di kaca televisyen antaranya pergaduhan di antara mereka yang membuatkan Nana menengking dan memarahi Sein ketika tersilap langkah di sesi latihan. Pergeseran di antara mereka juga kerap kali berlaku ketika sesi latihan namun ianya sama sekali tidak menjejaskan persembahan mereka sehingga layak bergelar juara Sehati Berdansa musim ke-3.
Setelah berita perceraian mereka mula tersebar, ramai rakan artis yang menyertai program Sehati Berdansa bersama mereka dahulu meluahkan rasa terkejut di atas dugaan yang menimpa Sein dan Nana.
Antaranya ialah Sazzy Falak yang tidak menyangka bahawa rakan seperjuangannya di lantai tarian suatu ketika dahulu menghadapi permasalahan sehingga berakhir sebegini rupa. Manakala Isma AF7 turut meluahkan rasa yang sama dan beliau berharap agar ‘badi’ Sehati Berdansa dijauhkan darinya dan berharap agar rumahtangga beliau dan Zul 2by2 kekal selama-lamanya.
Apa-apa pun kita sebagai umat Islam tidak harus percaya dengan persoalan ‘badi’ ini kerana setiap rumahtangga ada asam garam serta pahit manisnya. Tambahan pula apabila menyertai sebuah program yang memerlukan mereka bekerjasama secara langsung di depan kamera, pasti ada yang terlepas pandang dan segala keburukan dan tingkah laku yang kurang enak dipaparkan untuk tontonan masyarakat.

Sumber: CERITERA
p.s : Minta dijauhkan dari perkara sebegini...setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...

Jom Naik Motor!

Mula-mula kawan2 kita tgk line clear ke x...


Pastu...


v


v


kita pakai topi keledar dan...

v



v



v



mula membuka langkah untuk menaiki motor...

p.s : Bahaya kan lau kita biarkan anak kita main sorang diri

Penyusuan Susu Ibu


Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)


1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi


  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain


Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu) 
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif 
  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun


Prelacteal Feeds


Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi.
Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini
Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan


Bayi


  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol


Ibu


  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.


dalam perjalanan ke umah kenduri
 Rujukan

Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


**Alhamdulillah Aisy masih lagi menyusu sepenuhnya susu ibu sehingga kini...akan ku teruskan selagi termampu...Insyaallah...**

Next entry teknik menyusu bayi...tunggu.....

Monday, December 13, 2010

Zoo Negara

Seawal jam 9.00 pagi kami sekeluarga bertolak ke Zoo negara, tapi disebabkan kesesakan lalulintas yg agak teruk pukul 10.10 pagi kami selamat sampai ke Zoo negara.

pintu masuk zoo negara

Aisy di hadapan pintu masuk sementara menuggu daddy ngan Shasya membeli tiket
 
Dua permata hati mummy ngan daddy berposing

Bila dapat jer masuk ke dalam zoo kami bergegas untuk melihat multianimal show yang dijadualkan pada pukul 11.00 pagi.
Sabar menunggu untuk melihat multianimal show

Nasib baik cepat tiba ke tempat multianimal show tu,shownya dipercepatkan pada 10.30 pagi.Memang kami target nk tgk multianimal show tu dulu sebelum pusing-pusing di dalam zoo.
Aisy yang asyik melihat show 
singa laut pun pandai mendengar arahan
burung helang putih yang jinak

 3 beranak setelah habis animal show

Setelah habis multianimal show,kami pun menaiki tram yang telah disediakan dan dikenakan bayaran rm3 untuk orang dewasa dan rm 2 untuk kanak-kanak.Tram tu akan bergerak mengelilingi zoo negara dan akan berhenti di beberapa perhentian yang telah disediakan untuk menurunkan dan mengambil penumpang.
 
antara gmbr yang sempat disnap,almaklumlah xcukup tangan

mummy dan anak-anak mummy

dan akhir sekali 1 happy family @ zoo negara

Tuesday, November 30, 2010

HFMD


Apa itu HFMD?
Tangan, kaki dan penyakit mulut (HFMD) adalah sindrom manusia yang disebabkan oleh virus usus dari keluarga Echovirus. Strain yang paling umum yang menyebabkan HFMD adalah Coxsackie A virus dan Enterovirus
HFMD biasanya mempengaruhi bayi dan anak-anak, dan sangat umum. Hal ini cukup menular dan menyebar melalui hubungan langsung dengan lendir, air liur, atau kotoran orang yang dijangkiti. Ini biasanya terjadi pada wabak kecil di sekolah penjagaan kanak-kanak atau taman kanak-kanak, biasanya selama bulan-bulan musim panas dan gugur. Masa inkubasi biasa adalah 3-7 hari.
Hal ini jarang berlaku pada orang dewasa, tetapi mereka dengan kekurangan imun tubuh sangat rentan. HFMD tidak boleh disamakan dengan penyakit kaki dan mulut (juga disebut kuku-dan-mulut penyakit), yang merupakan penyakit yang menyerang domba, sapi, dan babi, dan yang tidak berkaitan dengan HFMD (tetapi juga disebabkan oleh ahli-ahli yang Echovirus keluarga).

**Aisy dh 2 kali kena HFMD ni,anak2 u all dh pernah kena ker?cian kan...**

Tupperware

Sekarang ni mummy jadi consultant Tupperware,kepada yang berminat hendak membeli produk Tupperware boleh la order daripada mummy.Semua barang adalah COD ke tempat anda.boleh hubungi melalui e-mail mummy,finaz_2304@yahoo.com

Tuesday, November 23, 2010

i-City

Jalan-jalan malam masa mamatok a.k.a mama yang datang dr aloq setaq kami pun pegi ke i-City,Shah Alam. Orang ramai sbb esok cuti Deepavali jd ramai yang mengambil kesempatan bersama keluarga ke sana. 

Gaya posing si Shasya

Mummy & Daddy - dah lama tak gambar sama


1 keluarga yang comey


Teringin

Tiba-tiba semalam Shasya teringin nk .......
v



v



v



v




v




Mummy pun bagi je la tp dia tersipu-sipu malu...saja suka-suka...
Aisy apa lagi menjerit marah la dia...
p.s : Shasya dulu mummy hanya fully bf selama 4 bln jer...tp Aisy Alhamdulillah sampai skg,1tahun 1bulan...


Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam...
daripada Mummy & Family

Wednesday, November 10, 2010

JOM JOIN CHURP CHURP

CHURP CHURP ni apa ya?Mummy rasa ramai yang dah tahu yang CHURP CHURP ni salah satu advertising company. CHURP CHURP ni merupakan salah satu anak syarikat di bawah Nuffnang. CHURP CHURP jugak  memberi peluang kepada kita untuk menjana income secara online. Itu yang bestttt....
Cara-cara untuk join senang saja...


1.Sign Up dengan CHURP CHURP.
 2.Approve kan access Twitter dan Facebook anda untuk CHURP CHURP  gunakan untuk pengiklanan.

3.Pilih preferences anda sama ada alcohol/tobacco related assignments, disclaimers untuk scheduled tweets.


4.Lepas tu tunggu saja assignment yang akan dihantar kepada anda.

So apa tunggu lagi mari kita register ramai-ramai...
Churp Churp Badge



sibuk

Mood untuk berblog ade tp skg mmg betul-betul busy...hishhh...

Wednesday, November 3, 2010

Happy Birthday Shasya


Alhamdulillah ari ni genap 3 tahun umur Shasya..
Pantasnya masa berlalu,rasa macam baru semalam melahirkan shasya..
apa-apa pun mummy mendoakan yang terbaik untuk anak mummy..
Mummy love u so much...